Syubhat

Buku Orientalis yang Ingin Tunjukkan Quran Dikorupsi Ini Akhirnya Buktikan Pemeliharaan Quran

1. Buku yang baru diterbitkan pada May 2019 ini amat menarik perhatian saya. Ia dihasilkan berdasarkan kajian PhD Dr. Brubaker tentang perubahan-perubahan yang disengajakan yang berlaku pada manuskrip al-Quran (Intentional Changes in Quran Manuskrip).

2. Brubaker meneroka hampir 10,000 manuskrip al-Quran untuk mengenalpasti samada Quran yang ada pada hari ini benar-benar tepat sepertimana ia direkodkan oleh generasi awal terdahulu. Minat beliau bermula apabila meneliti manuskrip al-Quran yang dijumpa di San’a, Yaman.

Melalui gambar-gambar yang direkodkan, beliau mendapati terdapat dua pembetulan yang dilakukan dalam manuskrip tersebut. Apa yang menghairankan beliau, terdapat satu Qiraat ganjil yang tidak diperbaiki oleh penulis manuskrip. Timbul persoalan di sini, siapa dan mengapa pembetulan-pembetulan pada manuskrip ini dibuat.

3. Dapatan penemuan beliau ini dibentangkan dalam satu Seminar yang dikendalikan oleh Emran al-Badawi dan dipengerusikan oleh Prof David Powers. Selesai pembentangan Prof Keith Small (supervisor Brubaker) menunjukkan kepada beliau satu lagi manusikrip al-Quran yang terdapat dramatic and lengthy corrections (pembetulan yang dramatic dan panjang) yang berlaku ke atas manuskrip al-Quran.

4. Karya ini bagaimanapun telah dimanipulasi oleh golongan Kristian untuk melancarkan dakwaan mereka bahawa Quran itu corrupt, terdapat kesalahan dan pembetulan dalam penulisan manuskrip al-Quran.

5. Review yang dipersembahkan oleh Ijaz Ahmad membantu dalam memahami kesalahan dalam penulisan manuskrip al-Quran ini. Pandangan beliau disokong oleh Marijn van Putten, salah seorang penyelidik manusikrip Islam di Leiden.

6. Menurut Ijaz, kesalahan penulisan yang berlaku pada penulisan Mushaf ini dilakukan oleh Prima Manus (penulis pertama) manuskrip tersebut. Ia kemudian diperbaiki oleh Sekunda Manus (penulis kedua) ketika dalam proses reviewing, penilaian semula Mushaf tersebut.

7. Adalah sesuatu perkara yang normal apabila scribe (penulis) manuskrip tersebut tersalah dalam menulis ribuan huruf dan ayat. Ijaz memberikan tiga contoh yang berlaku, seakan gagal difahami oleh Brubaker. Iaitu:

(i) Penulis tertinggal atau mengulangi perkataan yang hampir sama (homoeoteleuton atau homoeoarcton) kerana terkeliru dengan ayat yang hampir sama seperti yang boleh kita temui di dalam al-Quran.

(ii) Penulis kedua (secunda manus) tidak memahami pengertian tulisan yang pertama, tetapi mengenal pasti bentuk (shape) yang dituliskan tersebut. Lalu pembetulan dilakukan. (unable to understand what they are writing, they are able to identify shapes but don’t know words or what the words mean)

(iii) Penulis lebih cenderung untuk menggunakan penulisan Qiraat yang lain dalam menghasilkan manuskrip tersebut.

8. Malah menurut Ijaz lagi, dalam ribuan ayat yang ditulis oleh penulis asal manuskrip tersebut, hanya 20 kesalahan sahaja yang dibentangkan oleh Brubaker. Ini menunjukkan betapa teliti manuskrip al-Quran itu dihasilkan.

9. Secara umumnya, tiada kesilapan yang major malah penemuan Brubaker ini lebih menambah keyakinan bahawa al-Quran itu tidak pernah berubah. Hanya yang berlaku adalah pembetulan teknikal.

Dr Ahmad Sanusi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close