BaratLiberal

Tiba Masa Kita Kritik Ideologi Liberal Sekular

Tiba masanya kita mulakan gerakan “Tahafut” menentang fahaman sekular liberal dan pengikut – pengikutnya dalam kalangan Muslim.

 

Agak menyedihkan apabila seorang Muslim daripada latar belakang pendidikan Islam sehinggalah ke peringkat sarjana, kemudian apabila mereka menamatkan ijazah di Institusi Islam dan menyambung pelajaran di Universiti Barat, mereka menukar pandangan mereka 180 darjah dan secara ‘kebetulan’, semua pandangan mereka kini selari dengan apa saja ideologi Barat arus perdana di tempat pengajian universiti mereka.

 

Untuk lebih pasti, golongan ini menggelar perubahan mereka sebagai lebih ‘bijak’ atau ‘dicerahkan falsafah Barat’ – tapi itu menimbulkan persoalan kenapa mereka tidak dicerahkan oleh pengajian Islam sebelum mereka mengaji di Barat? Adakah Islam tidak mencerahkan? Adakah Allah (SWT) dan Nabi Muhammad (SAW) menghendaki kita menunggu 1400 tahun supaya puak Germanic gasar memeluk budaya Latin, Kristian Roman, kepercayaan Triniti dan kemudian menemui teks falsafah Yunani pagan dan kemudian mencipta falsafah gabungan keduanya (dengan percikan – percikan keraguan terhadap agama dan Tuhan) lantas mendatangkan cara hidup yang ‘dikehendaki’ Allah dan Rasul selama ini seraya ‘terlupa’ untuk menerangkannya dalam wahyu?

 

Tapi Barat begitu maju dari segi teknologi, anda tanya? Janganlah kita lupakan fakta bahawa hak – hak yang sering orang banggakan dalam negara liberal sekular sekarang hanyalah ciptaan terbaru dalam sejarah Barat.

 

‘Hak’ untuk persamaan perkahwinan Gay, ‘kebebasan bersuara’ (ie hak untuk menghina Tuhan), hak sama rata wanita dan semua etnik, dan ‘pasaran bebas’ dll hanyalah mencapai realisasi seawal pertengahan – akhir abad ke 20. (undang – undang blasphemy – menghina Tuhan dimansuhkan dari UK pada akhir 2008!) atau hak – hak lain, seperti ‘Kapitalisme pasaran bebas’ sudahpun dicuba, gagal dan dihapuskan lama dahulu.

 

Apa yang dilupakan oleh semua kecuali sejarawan, adalah sebelum menegakkan liberalisme sekular, Barat melalui perubahan teknologi dan saintifik yang besar hampir selama 600 tahun dibawah sistem dan institusi yang bukan sekular.

 

Saya membesar sendiri dalam liberalisme sekular, dan saya terpesona bagaimana banyaknya pengikut fahaman ini yang tidak menyedari bagaimana besarnya percanggahan yang tidak boleh diharmonikan, ketidakselarian dengan fitrah manusia (dibuktikan menerusi banyaknya kajian saintifik psikologi dan sosiologi manusia), penyakit sosial dan ketidakseimbangan ekonomi, dan dah pasti, kejatuhannya menentang peradaban yang kini timbul semula seperti Russia, Cina dan banyak lagi.

 

Saya dan banyak lagi rakan yang datang daripada latar belakang liberal dan setelah membesar dengannya, kini menyedari realiti sebenar falsafah politiknya. Setelah bertemu dengan Islam, kami kini menemui pencerahan dan hidayah sebenar. Perjalanan kami sangat berbeza dengan perjalanan Muslim yang bertukar sepenuhnya setelah menemui falsafah Barat.

 

Kadang – kadang, sekularis ‘Muslim’ (atau ‘reformis’, ‘modernis’ atau apa saja nama yang mereka mahu panggil diri mereka) membantah Muslim yang tidak menyertai gerakan mereka, atau seperti kami, sudah mengkaji cukup banyak falsafah Barat untuk tidak tertipu dengan argumennya.

 

Lebih kelakar apabila mereka gunakan hujah pseudo – intelektual liberal sekular menentang kepercayaan dan amalan Islam arus perdana, memikirkan ini membantu mereka menewaskan ‘Muslim mundur yang tidak mahu maju’.

 

Ah, ulama seperti Ghazali, Farabi dan ramai yang lain sudah pun menyedari falsafah Yunani, dan dalam kes al Farabi, mengatakan konsep demokrasi Yunani, yang beliau tolak dan bantah, sebagai satu sistem yang walaupun rakyatnya kelihatan sama rata, hakikatnya yang kaya akan memerintah yang miskin (lihat kitab beliau al Madinat al Fadhilah)

 

Dah pasti, banyak negara Muslim yang kini mundur dan dalam kejahilan, dan ramai Muslim yang mengikut Islam hanya sebagai amalan dan tradisi (dengan tambahan tahyul dan bid’ah), tidak langsung menyedari bagaimana agama ini boleh membentuk masyarakat dan kehidupan. Tapi hanya kerana satu peradaban sedang jatuh, tidak bermakna peradaban lain benar. Apabila Muslim bertemu dengan pewaris Germanik empayar Roman Barat yang runtuh, atau kita panggil mereka sebagai ‘Faranji’, kita menganggap mereka sebagai orang gasar mundur yang tidak mampu menghasilkan kemajuan. Ia mengambil masa yang lama, tapi setelah 600 tahun mempelajari teknologi kita, kemudian dalam 400 tahun terakhir, mereka mengatasi kita. Pelajaran diperoleh.

Sebagai Muslim hari ini, kita ada 3 pilihan

 

Terima saja membuta tuli generasi ibu ayah kita dan terus melayan Islam sebagai satu budayaMeniru segala yang dilakukan Barat, dan menyempurnakan proses kolonialisasi penjajahan yang menjadikan kita pelanggan minda ideologi BaratLakukan apa yang dilakukan sahabat, jadikan Quran dan Sunnah sebagai petunjuk dan mengkaji *hanya* teknologi dan ilmu saintifik peradaban lain, menambah baik, dan memahami bagaimana untuk menggunakan ilmu ini untuk menyempurnakan misi Nabi Muhammad – iaitu untuk membebaskan manusia daripada berhala palsu, menyebarkan keamanan dan keadilan dunia, dan menjadi contoh kepada seluruh umat manusia.

 

Lantaran al Quran menyuruh kita untuk berfikir, kami menyeru semua manusia untuk untuk berfikir; pertikai SEMUA dogma (termasuk liberal sekular) sehinggalah Muslim miliki landasan kepercayaan yang teguh dan pemikiran yang tajam yang membebaskan mereka daripada anggapan mana – mana budaya, sama ada di luar pemikiran Barat, atau di dalamnya. Perubahan pemikiran ini diperlukan untuk tajdid Islami yang segar dan lebih luas daripada semua ini.

 

Diakhiri dengan petikan kata – kata Francis Bacon:

 

A little Western philosophy inclineth man’s mind to Secular liberalism or Communism, but depth in all philosophy bringeth people’s minds back to religion and it’s guidance for societies.

Diterjemah daripada tulisan Abdullah Andalusi

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close