Liberal

2 + 2 = 5. Bagaimana Persamaan Matematik Mempermalukan Wartawan yang Cuba Jatuhkan Zakir Naik.

Begitu banyak dugaan yang menimpa pendakwah terkenal Dr Zakir Naik. Jasa dan usaha yang begitu banyak dalam menyampaikan mesej kebenaran Islam sememangnya akan menghadapi banyak tentangan. Itu fitrah.

Bagaimanapun di sebalik tekanan daripada kerajaan Islamofobik India yang tidak henti – henti memalsukan pendakwaan untuk menghukum beliau, desakan politik daripada pihak anti dakwah Islam di negara Malaysia sendiri, serta fitnah yang berterusan daripada media tempatan dan antarabangsa, Dr Zakir Naik terus berbisa dan ternyata mampu menangkis tuduhan – tuduhan nista hanya dengan berhujah menegakkan fakta.

Terbaru, dalam temu ramah bersama portal media antarabangsa The Newsmaker, TRT World, beliau ternyata berjaya mendiamkan serangan – serangan biasa yang sentiasa dilempar ke atas beliau.

Dalam temu bual tersebut, Dr Zakir Naik menangkis tuduhan – tuduhan wartawan Imran Garda yang kelihatannya tidak melakukan kajian, serta hanya dipengaruhi oleh tulisan media ke atas beliau.

Antara tuduhan yang dijawab:

  • DZN hakikatnya tidak di ban oleh mana – mana negara termasuk Canada. Hanya sebuah negara yang pernah mengharamkan beliau iaitu UK, itu pun hanya selama 3 tahun dan tempoh tersebut telah tamat.
  • Beliau tiada kena mengena dengan serangan – serangan keganasan yang berlaku. Sebagai contoh dalam serangan di Bangladesh, portal media pertama yang mengaitkan beliau sebagai inspirasi di sebalik serangan, Daily Star, telah menarik balik artikel tersebut. Begitu juga dalam kertas pertuduhan, nama beliau langsung tidak disebut.

Imran kemudian seterusnya tampak seperti mahu memerangkap Zakir Naik dengan mengemukakan deskripsi pertuduhan pengubahan wang haram seperti yang dituduh ED India. Selesai mengemukakan latar belakang isu tersebut, beliau lantas mengalih isu kepada pernyataan yang tidak membenarkan dakyah agama lain di negara Islam.

Dr Zakir Naik, pakar orator tersohor dunia kemudian sudah pasti tidak membenarkan retorik tersebut berlalu pergi, lantas meminta agar wartawan menanyakan soalan satu per satu, untuk mendapat jawapan langsung daripada beliau.

Ditegaskan, bahawa apa yang disebut ED itu adalah penipuan besar setelah gagal mengaitkan beliau dengan keganasan dan hate speech. Begitu juga, beliau membetulkan wartawan bahawa apa yang dikemukakan ED bukanlah kertas pertuduhan, tetapi komplain. Begitu juga, Justice Mohan Shan secara tegas mengatakan bahawa setelah menonton video – video beliau, tiada langsung yang bermasalah.

Bagaimanapun, hal yang lebih menggusarkan yang diungkap oleh wartawan adalah berkenaan isu 2 + 2 = 5.

2 + 2 = 5 . Jika Kamu Tidak Setuju, Kamu Ekstrimis

Daripada temu ramah sepanjang 20 minit lebih itu, hampir separuh adalah berkenaan dengan isu menghalang dakyah non Muslim di negara umat Islam (yang menegakkan syariah)

“Apabila anda ditanya tentang murtad, dan hak Kristian di Arab Saudi untuk membina gereja, anda katakan jika ada guru sekolah yang mengajar 2 + 2 = 5, anda tak mahu gajikan guru itu, itulah sebabnya dalam Islam kami tak benarkannya. Anda membandingkan dakyah non Muslim dengan fakta objektif 2 + 2 = 4. Bukankah itu definisi ekstrimisme?

Hal ini tampaknya begitu sensitif dan kontroversi buat wartawan sehingga ia beliau mencelah berkali – kali menanyakan sama ada 2 + 2 = 5.

Sehinggalah berlaku satu momen lucu dalam temu ramah tersebut:

“Dr Naik, 2 + 2 = 5”

“2 + 2 bukanlah 5. Matematik anda sangat lemah. Jika saya bercakap dengan pewawancara yang mengatakan 2 + 2 = 5, saya cuma membazir masa”

Aduh. Malunya.

Mari kita fahami apa pertanyaan yang cuba dilontarkan sebenarnya.

Soalan sebenar yang ditanyakan peserta program ceramah Zakir Naik sebenarnya adalah:

“Mengapa negara Muslim seperti Arab Saudi di mana shariah diikuti, non Muslim tidak dibenar berdakwah?

Maka jawapan yang diberikan Dr Zakir Naik adalah bertepatan dengan soalan yang dilontarkan. Dr Zakir Naik mengemukakan analogi bahawa sekiranya seorang guru mengajarkan 2 + 2 = 5, adakah kerajaan atau kementerian pendidikan seharusnya membenarkan guru tersebut mengajar, dan ajaran tersebut berkembang?

Jawapannya adalah tidak. Ia logik dan masuk akal.

Namun hal yang begitu menggusarkan wartawan adalah kerana DZN seolah menyamakan salahnya ajaran agama selain Islam sebagai bersamaan dengan salahnya 2 + 2 = 5.

Menurut Imran, Muslim yang menganggap ajaran Kristian, Hindu, Pagan sebagai salah seperti mana salahnya 2 + 2 = 5 adalah ekstrimisme.

Bermakna, bagi seorang Muslim, pemikiran bahawa Tuhan itu mati, Tuhan itu banyak, berhala layak disembah sebagai salah secara objektif adalah ekstrimisme, menurut jalur pemikiran yang diimplikasikan daripada soalan wartawan.

Bermakna, Muslim juga seharusnya menganggap persamaan 1 + 1 + 1 = 1 yang diajarkan triniti Kristian juga sebagai ‘tidak salah secara objektif’ dan tiada masalah disebarkan di dalam negara – negara Islam yang mengamalkan syariah.

Tidak lain, hal ini dilihat berkecenderungan dan berakar umbi daripada renjisan pemikiran liberal pluralis, yang menganggap kebenaran itu sebagai relatif, agama itu sama, dan seharusnya kita ‘hidup dan biarkan hidup’.

Masalahnya, unjuran harmonis ini hanyalah diguna pakai liberal apabila menyebut tentang agama.

Adakah liberalis tidak langsung mengenakan ban kepada apa saja ideologi yang bertentangan dengan jalur pemikiran kita? Jawapannya sudah tentu tidak.

Itulah sebab kita melihat begitu banyak ban dan censorship ke atas content dan perarakan ‘homofobik anti LGBT‘, Facebook yang sudah berkali – kali mengenakan block kepada pengguna yang mengkritik LGBT, kecaman liberalis ke atas rasisme, malah juga ban ke atas content anti – vaksin di media sosial.

Malah di negara – negara Barat juga ajaran Creationism agama Kristian juga diban daripada silibus sekolah kerana bertentangan dengan evolusi Darwin. Di mana pula suara – suara liberal terhadap ban ini? Bukankah ia ekstrimisme?

Sudah pasti, ban ini dibuat kerana ia bersebab, kerana ia membahayakan masyarakat, kerana menyalahi fakta, mencetus ketidakharmonian dan lain – lain, menurut mereka.

Tetapi mengapa apabila hal yang sama diungkapkan oleh Muslim berkenaan pegangan agama mereka, ia dianggap ekstrimisme pula? Malah hakikatnya bagi Muslim kebenaran agama mereka lebih jelas kerana ia disebut oleh Tuhan Pencipta Alam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close