perbandingan agama

Apa Simbolik Disebalik “Puja” Senapang AK 47 ?

Tersebar satu gambar seorang individu seakan memuja poster senapang AK 47. Sebenarnya apa maksud dan simbolik disebalik hal tersebut?

Hal ini berkait rapat dengan ritual dalam sebuah kelompok militan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka yang pertubuhan diharamkan oleh PBB dan juga Malaysia.

Salah satu ciri penting bagi anggota pengganas LTTE adalah perlu memuliakan anggota mereka yang telah mati. Anggota LTTE dituntut untuk memberi penghormatan kepada anggota yang mati berperang dengan beberapa jenis ritual.

Menurut penulis D.B.S Jeyaraj, salah satu ciri – ciri khas LTTE yang dikenali ramai adalah bagaimana mereka mengagungkan kematian serta memperingati askar mereka yang telah mati.

Di dalam LTTE orang yang meninggal ketika berperang dipanggil sebagai “Maaveerar”. Manakala ritual bagi mengingati anggota LTTE yang meninggal pula dipanggil sebagai “Maaveerar Thuyilum Illangal”.

Pemimpin utama LTTE, iaitu Prabhakaran telah memperkenalkan simbolik penghormatan kepada ritual tersebut dengan menyalakan api dikenali sebagai “eegaichudar”.

Salah satu simbol yang dibawa dalam ritual ini adalah gambar senapang AK 47 dipacak tegak, disangkut topi tentera LTTE dan kasut anggota mereka. Manakala di bawah senapang itu terdapat api eegaichudar. Ia adalah simbol memuliakan anggota LTTE yang telah meninggal.

Kesimpulan yang menarik adalah timbul persoalan, apa kaitan orang yang berdiri di hadapan poster itu dengan kumpulan pengganas ini?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close