Liberal

“Bagi Surat, Nanti Saya Debatlah di Speaker’s Corner” kata Farouk Peru

Pemuka liberal dan anti hadis, Farouk Peru mengemukakan satu permintaan yang menggelikan hati setelah berkali – kali dicabar berdebat di Speaker’s Corner:

Helah yang begitu mencuit hati kali ini adalah dengan meminta SURAT JEMPUTAN untuk berdebat di Speaker’s Corner.

Sebagai konteks, Farouk Peru sebelum ini telah mencerca Muslim berkaitan amalan di Kaabah. Beliau lalu dicabar untuk berdebat di Speaker’s Corner, UK untuk membuktikan kebenaran dan keberanian beliau mengutuk kepercayaan umat Islam.

Mengaku dirinya Muslim tetapi menuduh orang Islam sembah berhala! Mengaku dirinya Muslim tetapi suruh solat Jumaat…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung on Wednesday, May 1, 2019

Buat pengetahuan, Farouk Peru menetap di UK, maka seharusnya beliau tiada masalah ke sana, dan sewajarnya mengetahui selok belok tempat yang popular di seluruh dunia itu.

Farouk Peru kemudian menyahut seruan tersebut dan mengatakan beliau akan membawakan gambar Muslim melambai Kaabah dan mendebat ‘mengapa Muslim melambai ke arah kiblat?’.

Setelah hampir dua bulan, masih tiada apa – apa perkembangan dan kelibat Farouk Peru tidak pernah kelihatan di Speaker’s Corner.

Baru – baru ini, Farouk Peru telah bersuara lantang sekali lagi memaki hamun berkaitan perancangan debat Siti Kasim vs Firdaus Wong.

Maka beliau ditanyakan mengenai janji beliau untuk berdebat di Speaker’s Corner. Menariknya, ini jawapan beliau:

1) Pendebat Speaker’s Corner Tak Akan Mempertahan Ideologi Ketuanan Melayu!

2) Syaitan – syaitan Seangkatan Lebih Iman untuk Menolak Rasisme!

Bagi kedua – dua ‘alasan’ ini tidak dapat dipastikan mengapa beliau tidak semena – mena membangkitkan isu ketuanan Melayu. Mungkin beliau terlupa topik yang dibangkitkan dua bulan terdahulu.

Maka dimuat naik kembali screenshot perjanjian beliau untuk diingatkan kembali topik yang beliau sendiri cadangkan bagi didebatkan.

Maka setelah diingatkan semula, ini balasan beliau:

3) “Buat Surat, Nanti Saya Debat”

Alasan yang dikemukakan ini sangat mencuit hati, lantaran:

  • Farouk Peru sendiri yang mengatakan beliau AKAN KE SPEAKER’S CORNER sambil membawa gambar Kaabah untuk didebatkan.
  • Secara tiba – tiba beliau meminta untuk pihak ketiga membuat surat jemputan menguruskan pertemuan debat di Speaker’s Corner.
  • Beliau yang duduk di UK nampaknya tidak tahu apa – apa tentang Speaker’s Corner. Tiada surat yang diperlukan untuk berbicara dengan pengunjung – pengunjung di sana. Ini bukan debat di Cambridge Union. Cuma pergi, dan buka topik perbincangan.
  • Setelah 2 BULAN cabaran tersebut berlangsung, tiba – tiba balasan begini yang dikemukakan.

Agak kelakar bagi pejuang liberal yang memperjuang ‘pembebasan akal daripada kejumudan agama’, ini sikap Farouk Peru apabila dicabar berdebat ilmiah di suatu arena perdebatan terbuka negara tempat tinggal Farouk.

Ustaz – ustaz dan pendebat Muslim yang lain di Speaker’s Corner masih menunggu kelibat pejuang ini menegakkan hujahnya, yang pasti juga ditunggu – tunggu oleh orang Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close