isu semasa

Tidak Wajar Bukan Islam Beri Pandangan Pelajaran Pendidikan Islam

Sebuah kontroversi tercetus baru – baru ini apabila Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching membuka ruang kepada bukan Islam untuk turut serta memberi pandangan kepada pasukan khas bagi meneliti isu – isu melibatkan subjek Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan.

Hal ini telah mencetus ketidakpuasan hati dalam kalangan Muslimin Malaysia lantaran ‘kebiadaban’ seorang Timbalan Menteri bukan Islam membuka ruangan bagi orang bukan Islam masuk campur dalam aspek yang begitu sensitif bagi umat Islam.

Tindakan ini telah dibantah oleh Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang menegaskan bahawa sangat tidak wajar membuka ruang kepada semua warganegara tanpa mengira agama untuk memberi pandangan berkaitan mata pelajaran Pendidikan Islam.

Isu Penglibatan Warganegara Bukan Islam Dalam Cadangan Penambahbaikan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Di Bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.Oleh: Jabatan Mufti Negeri Perak

Posted by Jabatan Agama Islam Perak on Wednesday, June 19, 2019

“Orang bukan Islam tidak memiliki kefahaman mengenai hukum dan peraturan agama Islam. Mereka akan cenderung memberi pandangan berdasarkan akal dan kepentingan diri semata – mata”

Menurut Mufti Perak, tradisi dan falsafah pendidikan Islam mestilah bersumberkan hukum daripada al Quran dan al Sunnah serta sumber – sumber yang disepakati oleh para ulama’.

“Jika penglibatan bukan Islam dalam cadangan penambahbaikan ini dibenarkan, dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak pertentangan pendapat berhubung ajaran Islam yang sebenar”

Di negara bukan Islam, campur tangan kerajaan bukan Islam terhadap isi kandungan pendidikan Islam telah mencetus kontroversi dan tekanan terhadap golongan Muslim minoriti.

Sebagai contoh, di UK, beberapa polisi campur tangan bahan pendidikan Muslim seperti PREVENT telah bertindak mengawal bahan – bahan sumber Islam di Masjid – masjid dan madrasah.

Polisi tersebut bukan saja memanipulasi pengajaran agama mengikut acuan kerajaan sekular, tetapi juga turut menjenayahkan komuniti Muslim secara umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close