Liberal

Sisters In Islam Kekal Pertubuhan Sesat

Kuala Lumpur , 27 Ogos – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur YA Hakim telah memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor dan diwartakan yg antara lain memutuskan SIS Forum Berhad terpesong dari ajaran Islam adalah sah dan tidak bercanggah dengan mana- mana Undang Undang

Hal ini dimaklumkan oleh peguam Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar dalam laman Facebook beliau.

Sebentar tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur YA Hakim telah memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa…

Posted by Zainul Rijal Abu Bakar on Tuesday, August 27, 2019

Menurut beliau, mahkamah Sivil tidak mempunyai bidangkuasa meneliti fatwa tersebut kerana ianya terletak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.

” Terima kaseh kepada semua team peguam, MAIS dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sesungguhnya penghakiman ini adalah suatu hadiah di ambang kemerdekaan negara dimana jatidiri negara dipertahan dan struktur asas negara yang meletakkan kedudukan istimewa agama Islam dinobatkan. “

Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar

Permohonan SIS Forum Berhad dan 2 yang lain mencabar fatwa tersebut ditolak dengan kos sebanyak RM 10000.00

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close