feminisme

Diskriminasi Pengambilan Temuduga Wanita Bertudung – Di Mana Suara Feminis, SIS, Suhakam?

Baru – baru kita dikejutkan dengan pendedahan kajian diskriminasi terhadap wanita bertudung dalam pengambilan temu duga.

Didapati pemakaian hijab atau tudung sememangnya jelas merupakan faktor dalam menentukan pengambilan temu duga.

Menggunakan gambar dua graduan wanita yang memiliki kelayakan yang sama dalam dua penampilan – bertudung dan tidak bertudung, didapati wanita tidak bertudung mendapat kelebihan sebanyak 40% untuk dipanggil semula untuk panggilan temu duga

Namun nampaknya pendedahan ini sunyi sepi daripada diperjuangkan oleh mereka yang selama ini ‘mempertahankan hak wanita’ dalam kalangan feminis, Sisters In Islam dan Suhakam.

Hal ini dikritik oleh Bro Firdaus Wong:

“Di mana perginya suara pejuang feminis yang lantang memperjuangkan hak wanita? Apakah mereka hanya memperjuangkan isu yang selari dengan agenda mereka yang mahu ‘membogelkan’ wanita?

Di mana pula Suhakam? Atau hak asasi manusia itu tidak terpakai untuk Musim dan juga wanita India yang jelas didiskriminasi? “

Firdaus Wong Wai Hung

Pemerhatian terhadap laman media sosial badan – badan tersebut nampaknya tidak menampakkan walau sebarang percubaan untuk sekurang – kurannya memberi komen terhadap pendedahan kajian yang tular itu.

Antara hantaran terbaru SIS di media sosial sebagai contoh adalah berkenaan membantah hukuman sebat bagi kes musahaqah. Hukuman sebat itu hanyalah melibatkan 2 orang di Terengganu pada 2018.

Dalam liputan akhbar Suhakam yang terbaru, bertajuk ‘Wanita masih menghadapi diskriminasi sistemik‘, mereka mempertikai kurangnya penglibatan wanita dalam pangkat teratas syarikat besar seperti Bursa Malaysia.

Tiada komentar mengenai pendedahan diskriminasi terhadap wanita bertudung. Apa yang diperjuang bagaimanapun adalah meletakkan wanita di pejabat berhawa dingin tertinggi tanpa menyentuh tentang kurangnya partisipasi wanita dalam kerja buruh yang perlu membanting tulang dengan bayaran rendah.

Selama ini SIS dan gerakan ‘feminis Islam’ terkenal dengan seruan untuk tidak memaksa dan mewajibkan memakai tudung. Tetapi apabila wanita dipaksa untuk membuka tudung untuk dapat peluang lebih cerah untuk ditemu duga, mereka senyap pula.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close