Islamofobiaisu semasa

Mufti Wilayah Hantar Surat Terbuka Kepada Senator Fraser Anning

Mufti Wilayah pada hari ini menghantar surat terbuka kepada senator Australia kontroversi anti – Islam, Fraser Anning yang tetap menyalahkan Islam setelah Muslim dibunuh beramai – ramai di New Zealand.

Surat tersebut dimuat naik di Facebook dengan sapaan “surat terbuka kepada saudaraku, Senator Fraser Anning”.

An open letter to my brother, Senator Fraser Anning.

Posted by Mufti Wilayah Persekutuan on Monday, 18 March 2019

Dalam surat tersebut, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri memperbetul beberapa kesalahan dan salah tanggap Fraser Anning terhadap ajaran Islam, terutama yang berkaitan jihad dan ‘keganasan dalam Islam’.

Satu perenggan surat tersebut menjelaskan peraturan ketat peperangan dalam Islam:

“Telah dinyatakan dalam banyak ayat al Quran dan hadis Nabi SAW bahawa Islam melarang askar daripada memusnahkan harta benda, menuntut pemeliharaan orang awam dan mereka yang termasuk dalam perjanjian pelindungan Muslim, bersegera menerima tawaran perdamaian tatkala musuh cenderung ke arahnya, melarang merompak harta benda, mengharamkan perbuatan melampaui batas, serta menggalakkan sikap rahmah terhadap tahanan perang seraya melarang sebarang serangan fizikal ke atas mereka. Konsep peperangan dalam Islam dibatasi begitu banyak syarat yang ketat, menjadikannya satu bentuk etika perang yang mulia yang berpaksikan pemeliharaan hak manusia, menghalang ketidakadilan dan penindasan”

Ayat penutup surat tersebut lebih – lebih lagi begitu memberi kesan kepada pembaca:

Cuba anda fikirkan. Bagaimana anda boleh percaya wujudnya suatu tradisi agama yang membenarkan anda meletupkan manusia, anak – anak dan wanita, tetapi pada masa yang sama melarang membunuh walau seekor rama – rama?

Surat terbuka tersebut mendapat pujian daripada pengguna media sosial yang kagum melihat pendekatan Mufti Wilayah terhadap seorang pembenci Islam.

Semoga Senator Fraser Anning terbuka hatinya untuk tidak lagi memusuhi Islam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close