info Islam

Video Rakaman 100 Tahun Lalu Dedah Wanita Inggeris pun ‘Berhijab’

Sebuah dokumentari yang diterbitkan oleh Channel 5 – Edwardian Britain in Colour mendedahkan cara pemakaian wanita di bahagian Utara England, 100 tahun yang lalu.

Filem tersebut yang telah mendapat sentuhan pewarnaan merakamkan pekerja – pekerja wanita meninggalkan kilang kapas Alfred Butterworth di Manchester pada tahun 1901.

“Apa yang menarik adalah rambut – rambut wanita tersebut semuanya ditutupi. Wanita tidak menunjukkan rambut panjang mereka. Anak – anak wanita pula memiliki shawl yang menutup kepala mereka sepenuhnya, anda tak nampak rambut mereka langsung, hanya wajah mereka.

Sekarang ini banyak debat tentang hijab, tentang boleh atau tidak wanita menutupi rambut mereka, sedang kita terlupa bahawa kita kehilangan amalan budaya kita 100 tahun lepas yang tidak menunjukkan rambut di tepi jalanan.”

Prof Vanessa Toulmin – Sejarawan Budaya
Image result for edwardian britain in colour

Jadi nampaknya hijab yang sering dipertikai dan dikritik Barat sememangnya merupakan cercaan kepada budaya nenek moyang mereka sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close